fbpx
HAN-NA

Kang Han-na ubati kerinduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASTI ramai peminat aktres jelita Kang Han-na yang sudah lama mengharapkan agar wanita itu kembali menjadi heroin dalam sebuah drama.

Memetik laporan Soompi, Kang Han-na baru-baru ini dilamar untuk menerajui sebuah drama fiksyen sejarah berjudul, Red Single Heart terbitan KBS.

Perkara itu turut disahkan agensinya yang memberitahu aktres itu sudah bersetuju dengan tawaran yang diberikan lebih-lebih lagi setelah sekian lama tidak membawakan watak sebagai heroin.

Menurut sumber produksi, Han-na yang popular menerusi drama Start Up itu bakal membawa watak sebagai Yoo Jeong iaitu seorang wanita berketurunan raja dan berjiwa besar.

Selain Han-na, nama pelakon lain yang turut bakal membintangi drama ini ialah Lee Joon dan Jang Hyuk.

BERITA BERKAITAN