fbpx

Hadiri majlis kahwin, ziarah raya cetus lima kluster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima individu dikompaun di majlis kenduri kesyukuran di Kampung 11, Sungai Lalang di Bedong baru-baru ini. GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Lima kluster komuniti melibatkan majlis perkahwinan dan aktiviti ziarah sempena sambutan perayaan dikesan di Kelantan, Perak, Kedah dan Sarawak.

Kluster tersebut ialah Kluster Haji Saman di Bachok (21 kes); Kluster Sungai Durian di Kuala Krai (21 kes); Kluster Padang Kunyit di Hulu Perak (21 kes), Kluster Dah Kampung Pekan di Bandar Baharu (35 kes) dan Kluster Bunga Rampai di Kuching dan Bau (35 kes).

Lampiran rumusan kluster yang disertakan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan menyebut, Kluster Kampung Haji Saman melibatkan individu-individu yang menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Kampung Haji Saman, Bachok pada 18 Julai lalu.

Menurut rumusan itu, kes indeks bagi kluster tersebut merupakan wanita berumur 34 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Julai hasil saringan individu bergejala.

“Kluster Sungai Durian pula melibatkan penularan di Sungai Durian, Kuala Krai dengan kes indeks mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Kelantan.

“Kes indeks ini merupakan perempuan, berumur 28 tahun yang dilaporkan positif hasil saringan kontak rapat,” katanya.

Sementara itu, Kluster Kampung Padang KunyitPerak melibatkan sebuah aktiviti sosial yang diadakan di Kampung Padang Kunyit, Gerik, Hulu Perak sempena sambutan perayaan.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki berumur 33 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Julai 2021 hasil saringan individu bergejala,” katanya.

Seterusnya ialah Kluster Dah Kampung Pekan melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi sempena sambutan perayaan di Kampung Belakang Pekan, Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu.

“Kes indeks bagi kluster ini mempunyai sejarah merentas negeri dari Pulau Pinang ke Kedah pada 14 Julai lalu.

“Mangsa yang merupakan wanita berumur 33 tahun yang dilaporkan positif pada 17 Julai 2021 hasil saringan di tempat kerja,” katanya.

Kluster Bunga Rampai pula melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Bunga Rampai, Bau sempena sambutan perayaan dengan kes indeks, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan positif pada 29 Julai lalu hasil saringan individu bergejala.

Kelima-lima kluster tersebut merupakan antara 47 kluster baharu yang dikesan hari ini termasuk 17 kluster komuniti. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI