fbpx

Maut elak babi melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis Toyota Camry yang dipandu mangsa remuk selepas mengelak babi melintas di Jalan Salor, dekat sini hari ini. /FOTO IHSAN PDRM

KOTA BHARU – Seorang kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) maut apabila kereta yang dipandunya terbabas selepas mengelak daripada merempuh seekor babi yang melintas di Jalan Salor, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, mangsa, Dozian Harun, 53, meninggal dunia tiga jam kemudian selepas kereta jenis Toyota Camry yang dipandunya merempuh peti pencawang elektrik.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menaiki kereta itu bersama anak lelakinya berusia 21 tahun dan sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu untuk pulang ke rumah mereka di Tanah Merah.

Kesan rempuhan pada peti pencawang elektrik selepas kereta yang dipandu mangsa mengelak babi melintas.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, seekor babi dipercayai tiba-tiba melintas dari arah kanan ke kiri jalan dan mangsa cuba mengelak daripada rempuh haiwan berkenaan.

“Insiden itu menyebabkan kereta tersebut terbabas sebelum merempuh peti pencawang elektrik yang berada di tepi jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, anak mangsa yang duduk di bahagian tempat duduk hadapan penumpang hanya mengalami luka ringan pada kaki kanan.

Katanya, siasatan lanjut turut mendapati, jarak haiwan yang terlalu dekat ketika ia melintas menyebabkan mangsa dipercayai gagal mengawal keretanya lalu merempuh peti pencawang elektrik. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI