fbpx

Anhar kini Mufti Selangor baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Anhar Opir

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Datuk Dr. Anhar Opir sebagai Mufti Selangor yang baharu.

Pelantikan Anhar berkuat kuasa 21 Mei lalu selepas meyandang jawatan Timbalan Mufti Selangor sejak 2016.

Beliau menggantikan Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid, 70, yang sebelum ini memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bagi memberi peluang kepada orang baharu yang lebih muda dan berkaliber untuk memegang jawatan tersebut.

Anhar, 45, merupakan anak kelahiran Kapar, Klang ini memiliki kelulusan tertinggi Ijazah Doktor Falsafah (Feqh Wa Usuluh), Mumtaz dari The World Islamic Sciences And Education University (WISE), Jordan.

Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana (Falsafah Islamiah), Mumtaz dari Universiti Kaherah, Mesir.

Sejak 2007, beliau bertindak selaku Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Antara kertas kerja yang pernah dihasilkan beliau bertajuk Kepentingan Bermazhab Di Sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Prof. Madya Dr. Miszairi Sitiris sebagai Timbalan Mufti Selangor.

Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Fiqh dan Usul Al-Fiqh (IRKH) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan sebelum ini bertugas sebagai pensyarah di UIAM sejak 1996.

Antara artikel beliau yang pernah diterbitkan bertajuk Tuntutan Harta Sepencarian Dalam Kes Kematian di bawah Jurnal Undang-undang Malaysia.  – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI