fbpx

Tiada permohonan maaf diterima, Siti Nordiana kekal saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NANA (kiri) kekal dengan keputusannya untuk menyaman lima individu termasuk Lan dan Syura (kanan) selepas tidak menerima sebarang permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.

PETALING JAYA – Tidak menerima sebarang permohonan maaf dalam tempoh dua hari, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana kekal dengan pendirian mahu meneruskan keputusannya untuk menyaman lima individu iaitu Lan Solo, Syura, Sam Samin, Sheila Razlan dan Aida G.

Siti Nordiana atau Nana menerusi satu kenyataan akhbar hari ini memberitahu, dia telah mengarahkan peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin untuk meneruskan tindakan saman terhadap lima individu berkenaan memandangkan tiada permohonan maaf dilakukan dalam tempoh yang telah diberikan.

“Memandangkan tiada permohonan maaf setelah tamatnya tempoh 24 jam tersebut, Nana telah mengarahkan pihak peguam untuk meneruskan dengan tindakan saman terhadap kelima-lima individu tersebut yang akan difailkan selewat-lewatnya pada Isnin depan iaitu 2 Ogos.

“Nana telah melantik firma guaman bagi tindakan undang-undang
dan keputusan tersebut diambil bagi membersihkan nama dan imej yang telah dicalarkan oleh kenyataan-kenyatan tersebut sama ada secara langsung atau tidak akibat daripada siaran IG Live tersebut,” katanya.

Untuk rekod, Kosmo! pada 23 Julai lalu, Nana memberi tempoh selama 48 jam kepada lima individu terbabit untuk membuat permohonan maaf berhubung isu tuduhan fitnah yang dilemparkan kepadanya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram pada malam 21 Julai.

Nana melalui peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin juga membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada 23 Julai berhubung isu tuduhan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Kelmarin, lima sekawan tersebut telah menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak peguam yang dilantik mereka

Masing-masing juga mengakui sudah menerima notis yang dikemukakan penyanyi lagu Hati Mu Milikmu itu menerusi peguam Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates.

Terdahulu, nama penyanyi dan pelakon drama Dia Semanis Honey itu dipetik dan didakwa menjadi penyebab karier Syura dan Lan Solo terjejas.

Pendedahan yang dikongsi isteri Lan, Sheila Razlan mencetuskan tanda tanya ramai. Sheila bahkan memaklumkan dia dan suami tidak lagi mengikuti pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran itu di Instagram.

Sheila menerusi InstaLive berkata, tindakan itu dibuat kerana terkejut apabila Siti Nordiana mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya mereka keluar bersama.

Syura turut meluahkan rasa terkilan apabila sesetengah pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan kepadanya dan ia dipercayai berpunca daripada ‘mulut’ sahabat baiknya iaitu Nana.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI