fbpx

PU Riz, Neelofa bantu 166 golongan OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIS bersama pasukannya ketika menghulurkan bantuan di sekitar PPR Setapak baru-baru ini.

PETALING JAYA – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Barangkali peribahasa berkenaan sesuai menggambarkan usaha murni pendakwah bebas,  Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz yang menyerahkan sumbangan kepada 166 golongan orang kurang upaya (OKU) di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Setapak, Jumaat lalu.

Haris, 26, berkata, misi bantuan tersebut menjadi program mingguan setiap Jumaat yang memberi fokus kepada golongan atau individu yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur program misi bantuan ini dipermudahkan Allah. Dari awal program ini dirancang, saya bersama pasukan menyasarkan golongan yang betul-betul memerlukan.

“Apatah lagi dalam keadaan negara yang masih dilanda pandemik menyaksikan ramai orang terjejas dari segi sumber pendapatan. Disebabkan itu, misi ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka.

“Saya percaya, jika kita memudahkan urusan orang lain, Allah pasti memudahkan urusan kita juga, insya-Allah. Jadi, sedikit sebanyak sumbangan yang diberikan juga dapat meringankan beban ditanggung,” katanya.

Sebelum ini, menerusi misi sama, suami kepada selebriti Neelofa itu bersama pasukan menyerahkan sumbangan kepada 100 pemandu dan ‘rider’ penghantar makanan.

“Alhamdulillah, misi kali ini turut mendapat kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Pusat Perubatan KPJ Damansara dan Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) penduduk PPR.

“Seperti yang saya selalu sampaikan, rezeki yang ada tidak salah jika kita kongsi bersama. Paling penting, menjadi tanggungjawab bersama untuk kita saling membantu,” ujarnya.

Sumbangan atas nama Pertubuhan Kasih Neelofa tersebut menyampaikan barangan keperluan asas harian seperti minyak masak, sardin, milo, roti, susu manis dan sedikit wang tunai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI