fbpx

Peniaga, pekebun durian jalani PCR sebelum masuk Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga dan pekebun durian yang ingin memasuki Raub yang terkenal dengan durian musang king perlu menjalani ujian PCR.

RAUB – Semua peniaga dan pekebun durian dari luar daerah yang mahu memasuki daerah ini perlu menjalani ujian saringan Tindak Balas Rantaian Polimerase (PCR) bermula hari ini dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Pegawai Daerah Raub, Datuk Mohammad Shahid Ismail berkata, langkah itu diambil berikutan berlaku penularan Covid-19 dalam kalangan peniaga dan pekebun durian di beberapa lokaliti di daerah ini.

“Bagi membendung penularan wabak ini semua peniaga dan pekebun durian dari luar daerah yang ingin memasuki daerah Raub perlu menjalani ujian saringan PCR Covid-19 sekurang-kurannya tiga hari sebelum perjalanan.

“Mereka dikehendaki membawa keputusan ujian saringan itu untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Raub sebagai bukti sebelum dibenarkan memasuki daerah ini,”katanya di sini, hari ini.

Pahang hari ini merekodkan peningkatan kepada 429 kes Covid-19 yang mana daerah Raub yang terkenal dengan durian musang king merekodkan sebanyak 32 kes positif Covid-19.

Mohamad Shahid yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Raub berkata, arahan itu perlu dipatuhi semua pemegang surat pengesahan keterlibatan dalam aktiviti rantaian pembekalan dan pemasaran berkaitan keperluan makanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Jelasnya, perkara itu adalah sejajar dengan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Daerah Raub berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dibawah Seksyen 72 (1) (f)(i). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI