fbpx
Petugas St. John Ambulans Malaysia memberi penerangan kepada Mohd. Zurairie (kanan) mengenai gerak kerja membawa pesakit Covid-19 di pejabat Bulan Sabit Merah, Kota Bharu hari ini.

11 PKRC di Kelantan hampir penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Dianggarkan hampir 98 peratus kapasiti katil di 11 Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kelantan sudah digunakan susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 ketika ini.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Zurairie Mohd. Zubir berkata, ini kerana, beberapa kluster baharu dilaporkan selepas sambutan Aidiladha minggu lalu sehingga kes melonjak antara 300 hingga lebih 500 sehari berbanding 150 kes sebelum ini.

Katanya, PKRC Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa dan Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini merupakan dua pusat kuarantin yang kritikal jumlah penggunaan katil hampir 98 peratus.

“Seramai 298 orang pesakit ditempatkan di Putik berbanding kapasiti asal iaitu 300 orang manakala Dewan Jubli Perak pula sudah ada 201 pesakit berbanding kapasiti 210 orang.

“Secara keseluruhan, penggunaan katil di 11 PKRC setakat ini mencapai 80 hingga 98 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan di Unit Pengangkutan Covid-19 PKRC Kota Bharu di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR