fbpx

Vikrant Massey si ‘kaki penipu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIKRANT MASSEY

PELAKON yang sedang fenomena dengan filem Hassen Dilruba, Vikrant Massey mengakui pernah menjadi seorang penipu dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai penipuan paling besar dalam hidupnya.

Ujar Vikrant, dia pernah berbohong apabila memberitahu rakan-rakannya tentang hubungan bersama seorang wanita cantik yang pernah menolak cintanya suatu ketika dahulu.

“Bukan hanya sekali, tetapi telah beberapa kali saya menipu dengan memberitahu bahawa saya pernah keluar bersama wanita cantik.

“Kejadian itu ketika saya masih menuntut di kolej. Tetapi hakikatnya, perkara tersebut tidak pernah berlaku, malah perasaan saya ditolak mentah-mentah oleh wanita terbabit apabila saya meluahkan isi hati kepada mereka,” ujarnya.

Kata Vikrant, semasa remaja, dia bukanlah dikategorikan sebagai ‘lelaki menarik’ yang memiliki wajah tampan.

“Sebab itu saya terpaksa berbohong dan berfantasi bahawa saya pernah keluar bersama wanita cantik.

“Kalau difikirkan semula, saya rasa bodoh pada waktu itu kerana terdesak untuk kelihatan hebat di mata rakan-rakan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI