fbpx

Shazrin ranking ke-24 selepas enam perlumbaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAZRIN mempunyai peluang dalam baki empat perlumbaan lagi untuk memperbaiki kedudukan. - AFP

PELAYAR negara, Nur Shazrin Mohamad Latiff sekadar berada pada kedudukan ke-24 selepas enam perlumbaan acara laser radial wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Shazrin dilihat gagal mengulangi aksi terbaiknya apabila sekadar menamatkan perlumbaan kelima pada tempat ke-30 dengan masa 47 minit 63 saat.

Atlet berusia 23 tahun itu sekali lagi tidak berjaya meneruskan rentak terbaiknya seperti mana perlumbaan awal apabila kali ini mengambil masa selama 56 minit 77 saat dan terpaksa akur berada pada tempat ke-30 untuk perlumbaan keenam.

Bagaimanapun, peluang Shazrin belum tertutup kerana dia masih mempunyai empat perlumbaan dalam saingan laser radial wanita ini untuk memperbaiki kedudukan tersebut.

Shazrin akan meneruskan perlumbaan ketujuh dan kelapan pada Khamis ini sebelum melengkapkan saingan dalam perlumbaan kesembilan dan ke-10 keesokannya harinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI