fbpx

Israel guna video seksi askar wanita untuk pulihkan imej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadeev menuduh penduduk Palestin memalsukan kematian untuk mendapat perhatian pihak media. - Newsflash

TEL AVIV, ISRAEL – Tentera Israel dikecam netizen kerana berkongsi beberapa video yang memaparkan askar wanitanya berpakaian seksi bagi menggambarkan kononnya mereka bukan pihak yang kejam, lapor akhbar The Sun semalam.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok Tentera Pertahanan Israel (IDF) itu menunjukkan beberapa wanita seksi yang didakwa askar Israel sedang menari sambil memegang senjata api.

Salah seorang daripada mereka, Natalia Fadeev, mendakwa dia bertugas sebagai polis simpanan IDF selama tiga tahun.

Dalam satu klip videonya, wanita itu menuduh penduduk Palestin memalsukan kematian untuk mendapat perhatian pihak media.

“Saya berbangga kerana berkhidmat sebagai polis tentera selama tiga tahun di IDF. Sekarang sila beritahu saya, adakah saya kelihatan seperti seseorang yang sanggup mencederakan orang awam yang tidak bersalah?

“Berhenti menyebarkan penipuan mengenai Israel. Kami mempunyai anggota tentera yang paling bermoral!” tulis wanita itu dalam satu daripada hantarannya.

Video-video yang dimuat naik menerima kecaman netizen yang meluahkan rasa marah mereka atas kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin selain ada yang mempersoalkan ketulenan status wanita-wanita itu sebagai tentera.

“Adakah anda seorang tentera? Tentera tidak bermain TikTok,” tulis seorang netizen.

“Berapa ramai orang yang kamu telah tembak?” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI