fbpx

Keindahan Himalaya inspirasi dunia fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERINCIAN reka bentuk estetik pada jenama tersebut yang penuh gaya dengan hasil mutu pembuatan dan ketelitian yang tinggi.

BANJARAN Himalaya bukan sahaja mempunyai keindahan alam semula jadi, tetapi merupakan banjaran terpanjang dan tertinggi di dunia yang mana turut digelar sebagai bumbung dunia.

Justeru, tidak hairanlah banjaran yang merangkumi lima negara iaitu Pakistan, India, China, Bhutan serta Nepal telah menjadi inspirasi koleksi musim luruh dan sejuk 2021 jenama pakaian Onitsuka Tiger.

Koleksi itu mendapat cetusan idea daripada keindahan banjaran Himalaya ketika musim sejuk dan ledakan aktiviti pendakian serta trekking pada tahun 1970.

Jenama fesyen dari Jepun itu mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen, sukan dan warisan bersama daya inovasi.

KOLEKSI musim luruh dan sejuk 2021 ini diinspirasikan daripada keindahan Banjaran Himalaya.

Untuk koleksi musim luruh dan sejuk pada kali ini, Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, Andrea Pompilio telah berkolaborasi dengan pereka dan Pengarah Artistik jenama Nowartt, Toyoki Adachi yang menggabungkan rekaan grafik pada setiap helaian koleksi tersebut.

Menurut Pompilio, rekaan grafik tekstil itu dihasilkan menerusi kombinasi dua konsep yang saling bercanggah iaitu vintaj x seni dan analog (lukisan tangan) x digital.

“Konsep tersebut diterapkan pada helaian seluar trek klasik, jaket tebal dan beg galas.

“Koleksi ini juga mencerminkan teknologi gaya hidup yang mengkhususkan kepada aspek fungsi iaitu asal-usul Onitsuka Tiger,” katanya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, koleksi itu turut mengetengahkan perincian reka bentuk estetik jenama berkenaan yang penuh gaya dengan hasil mutu pembuatan dan ketelitian yang tinggi.

Helaian utama dalam koleksi itu menggunakan material bulu biri-biri yang sesuai untuk mengekalkan rasa hangat serta mencegah selesema semasa sesi pendakian musim sejuk.

Siri nilon pula menawarkan gabungan warna neon mempesona bersama jahitan sulaman yang halus dan unik.

Tidak ketinggalan, koleksi itu juga mengetengahkan penggayaan kreatif yang mengguna pakai helaian rekaan minimalis.

Selain itu, kot tebal atau puffer serta jaket berjalur dan gaun nyata menghasilkan mod gaya yang menarik.

Terang Pompilio lagi, koleksi tersebut turut dipadankan dengan kasut gaya terkini yang menggabungkan elemen arkib bersama rekaan kontemporari.

PERINCIAN reka bentuk estetik pada jenama tersebut yang penuh gaya dengan hasil mutu pembuatan dan ketelitian yang tinggi.

“Menerusi sokongan dari seluruh dunia, Onitsuka Tiger melancarkan pelbagai reka bentuk unik termasuk kasut but dengan cengkaman kuat yang dapat menakluki gunung.

“Berdasarkan daripada kasut trekking yang diperkenalkan pada 1966, koleksi HMR Peak Trainer dikemas kini dari segi rekaan serta fungsinya untuk gaya hidup moden,” jelasnya.

Sementara itu, koleksi Moage Co & Moage Mo menggabungkan sentuhan moden penuh bergaya pada rekaan klasik.

Big Logo Trainier Puffed pula menonjolkan jaluran ikonik Onitsuka Tiger yang melangkaui hingga ke tapak luar kasut.

Koleksi Musim Luruh & Dingin 2021 Onitsuka Tiger hanya boleh didapati di beberapa butik terpilih.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenainya di www. onitsukatiger.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI