fbpx

50 leka menari, minum arak dikompaun langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Keseronokan 50 pelanggan berhibur di sebuah kelab malam terbantut apabila masing-masing dikenakan kompaun RM5,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah pusat hiburan di Waterfront, Jalan Tun Fuad Stephen di sini kelmarin.

Dalam operasi sekitar pukul 9.30 malam itu, turut ditahan pengurus pusat hiburan terbabit bersama tiga pekerja warga China bagi membantu siasatan lanjut selain dikenakan kompaun sebanyak RM25,000.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya mendapati muzik sedang dimainkan dengan kuat dan pelanggan-pelanggan juga sedang berhibur sambil meminum arak ketika pemantauan dijalankan di premis berkenaan.

“Bagaimanapun, semua 50 pelanggan premis berkenaan didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak mendaftar di MySejahtera atau pada buku disediakan.

“Pelanggan dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang membabitkan 25 lelaki dan 25 wanita kerana ingkar dan melanggar SOP ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI