fbpx

4 lelaki ditahan cuba seludup 3,600 botol arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat lelaki diberkas ketika memunggah 300 kotak berisi arak tidak bercukai dalam serbuan di Jalan 7 Taman Delima, Kluang, Johor petang semalam. - Foto IHSAN POLIS PGA

KLUANG – Tindakan empat lelaki cuba menyeludup 3,600 botol arak tidak bercukai tidak berhasil apabila mereka dicekup dalam serbuan di Jalan 7 Taman Delima, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, kesemua lelaki yang diberkas berusia antara 22 hingga 31 tahun ketika sedang memunggah arak tidak bercukai dari sebuah lori ke sebuah van.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Superintendan Dimin Awang, pihaknya percaya susulan penangkapan itu, pihaknya berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket pengedaran arak tidak bercukai yang berlaku di daerah ini.

“Semalam pada pukul 5.30 petang, sepasukan polis dari Batalion 5 PGA memberkas empst lelaki sedang memunggah arak tidak bercukai dari sebuah lori ke sebuah van di Jalan 7 Taman Delima, di sini.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua kenderaan yang digunakan suspek telah berjaya merampas 300 kotak bersamaan 3,600 botol arak jenama Tsingtao yang tidak mempunyai cukai kastam bernilai RM192,900.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM352,900. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.,” katanya ketika dihubungi hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI