fbpx

Petugas kontrak HTAA tidak sertai Hartal Doktor Kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Rahimah (kiri) di hadapan pintu masuk utama ke HTAA di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Tidak ada kakitangan kontrak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini terbabit dengan gerakan ‘Hartal Doktor Kontrak’ yang dijadualkan di seluruh negara pagi tadi.

Pengarah HTAA, Dr. Rahimah Ibrahim berkata, kebanyakan kakitangan kontrak di hospital berkenaan memberi keutamaan merawat pesakit, berbanding terbabit dalam tindakan yang boleh mendatangkan masalah kepada orang ramai mendapatkan rawatan.

“Alhamdulillah tiada sebarang gangguan pada perkhidmatan kita (hospital) hari ini, pegawai-pegawai perubatan kontrak bertugas di klinik atau pun wad masih meneruskan kerja mereka seperti biasa.

“Jadi keutamaan sekarang ini adalah untuk memberi rawatan dan penjagaan kepada kes-kes yang memerlukan… ia lebih penting daripada mereka mengadakan mogok,”katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Rawatan Harian HTAA, hari ini.

Menurut Rahimah, doktor kontrak di hospital berkenaan merasakan pihak kerajaan telah mendengar keluhan mereka melalui beberapa perbincangan, malahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah menyatakan langkah-langkah dalam mengatasi isu ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI