fbpx

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM250

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi Abu Bakar (kiri) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. Foto- ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH- Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM250.

Tertuduh, Lans Koperal Abdul Hadi Abu Bakar, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya di bacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, Abdul Hadi yang merupakan anggota polis dari kumpulan sokongan di bahagian kereta peronda polis (MPV), Bahagian Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah secara rasuah memperolehi suapan iaitu wang tunai berjumlah RM50.

Sogokan itu diterima daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak membawanya dan pasangan yang ditangkap atas kesalahan berkhalwat ke balai polis.

Perbuatan tersebut dilakukan bapa kepada dua anak itu di tempat letak kereta di Taman D. R. Seenivasagam pada pukul 2 pagi, 30 Disember 2019.

Lelaki terbabit turut didakwa bagi pertuduhan kedua iaitu menerima suapan berjumlah RM200 daripada lelaki sama atas kesalahan khalwat.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di belakang bangunan Restoran Nasi Kandar di Taman Fair Park antara pukul 12.30 hingga 12.45 tengah hari, 5 Januari 2021.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI