fbpx

Keberkesanan alat mainan seks diuji di angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roket Tenga dengan patung seks dijangka akan dilancarkan pada musim panas ini bagi menguji prestasi alat tersebut pada keadaan sifar graviti. - Tenga

TOKYO – Sebuah firma Jepun akan melancarkan permainan seks ke angkasa lepas bagi menguji prestasi alat tersebut pada keadaan sifar graviti, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Usaha itu merupakan kerjasama antara syarikat pereka alat seksual lelaki Tenga dan syarikat kapal angkasa lepas Interstellar Technologies Inc.

Alat dikenali sebagai ‘Roket Tenga’ itu akan berlepas dari lapangan angkasa Hokkaido di utara Jepun dan mencapai altitud 99 kilometer sekitar bulan depan, bergantung kepada keadaan cuaca.

Roket merah itu akan membawa alat TENGA Cup yang telah diubah suai dengan kemampuan mengumpulkan data tentang hasil ujiannya di angkasa lepas. 

Ia juga akan membawa 1,000 mesej daripada penyokong projek tersebut yang membantu menyumbang dana sebanyak ¥1,833,680 (RM70,101) menerusi laman kutipan dana Campfire.

“Roket Tenga akan membawa mesej daripada peminat dan penyokong yang menyokong projek ini ke angkasa lepas.

“Keperluan seksual adalah sebahagian daripada kita dan saya mengambil peluang ini untuk mengembangkan produk ini ke angkasa lepas,” kata Presiden Tenga, Koichi Matsumo. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI