fbpx

Rocketfuel Indie Space Station fokus perkasakan artis indie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAND terkenal OAG menjadi antara artis indie terawal yang menyertai Rocketfuel Indie Space Station.

ROCKETFUEL Entertainment sekali lagi melebarkan sayap apabila memperkenalkan perkhidmatan terbaharunya iaitu Rocketfuel Indie Space Station.

Platform berkenaan akan memberi fokus khusus terhadap label dan artis indie di seluruh negara.

Malah Rocketfuel Indie Space Station juga bertindak sebagai pihak pengurusan yang dilantik oleh label atau artis indie bawah label muzik Rocketfuel Records yang akan beroperasi serentak dengan tiga komponen utamanya, Rocketfuel Talent, Rocketfuel Multi-channel Network dan Rocketfuel Live.

Menurut Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna, Rocketfuel Indie Space Station mempelawa mana-mana label dan artis indie yang memerlukan khidmat dari segi pelancaran lagu dalam platform digital, stesen televisyen dan radio.

Sebagai tambahan, platform berkenaan juga menawarkan khidmat penerbitan dan perlesenan.

“Pelbagai kejayaan yang membanggakan telah diraih, sekali gus meletakkan jenama Rocketfuel Entertainment setaraf dengan label-label unggul di Malaysia dan sekitar rantau Asia Tenggara.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan memperkenalkan Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment yang baharu iaitu Jipie. Dia akan bertanggungjawab mengelolakan Rocketfuel Indie Space Station,” katanya.

Pelantikan, penambahbaikan

Jipie yang merupakan vokalis dan ketua band Pesawat berpengetahuan luas dalam selok-belok industri muzik tempatan.

“Saya amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan dalam menggalas tanggungjawab besar ini.

“Perancangan masa hadapan saya adalah untuk menaikkan nama Rocketfuel Entertainment sebagai salah satu agensi bakat yang berpengaruh dan disegani bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh rantau ini,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Rocketfuel Entertainment mengambil langkah memperbaharui dan menambah baik laman sesawang rasminya dengan perantara lebih menarik sejajar dengan identiti jenamanya yang moden dan bersahaja.

Laman sesawang berkenaan menampilkan perantara berguna yang memudahkan bakal rakan niaga dan pengguna membuat semakan tentang perkhidmatan baharu ditawarkan mereka.

Laman berkenaan turut mempamerkan maklumat tentang keluarga serta projek akan datang.

Sebagai tambahan, pelayar disediakan maklumat setiap bakat secara individu daripada rangkaian keluarga besarnya bagi memudahkan pelanggan merangka tindakan selanjutnya dalam mewakili jenama masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI