fbpx

NASA teroka alternatif cuci baju di angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencuci baju jenama Tide akan dihantar ke Stesen Angkasa Lepas selama enam bulan untuk percubaan mencuci pakaian angkasawan pada Disember akan datang. - Google

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kini sedang mencari kaedah untuk membasuh pakaian di angkasa, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Ini bagi mengelakkan masalah timbunan baju kotor yang dibawa pulang oleh angkasawan selepas berada di angkasa lepas untuk satu tempoh yang lama.

Agensi angkasa lepas itu sedang bekerjasama dengan syarikat Procter & Gamble untuk menghantar serbuk pencuci pakaian jenama Tide ke angkasa dan mencuci pakaian kotor milik angkasawan.

Menurut NASA, angkasawan yang bersenam dua jam sehari memerlukan 68 kilogram pakaian setahun sepanjang berada di angkasa lepas.

Situasi itu merupakan satu isu serius buat kapasiti kapal angkasa di mana berat baju yang tidak dibasuh diambil kira terutama ketika mahu memasuki ruang atmosfera Bumi.

Kejayaan mengurangkan beban pakaian kotor bukan hanya akan melegakan Stesen Angkasa Antarabangsa tetapi juga pasukan yang bertanggungjawab dalam misi tiga tahun ke Mars seperti yang diharapkan oleh agensi itu.

Bekas angkasawan, Leland Melvin berkata angkasawan hanya dibenarkan memakai sehelai kemeja T, seluar pendek dan stokin setiap minggu.

Selepas setiap pakaian sekali, ia akan dianggap sebagai toksik dan perlu diasingkan.

“Pakaian itu akan bertukar menjadi keras dan kejung akibat peluh,” katanya.

Bagi eksperimen awal, Procter & Gamble akan menghantar serbuk mencuci pakaian mesra angkasa pada Disember depan untuk mengujinya selama enam bulan.

Untuk jangka masa panjang, syarikat itu akan mencipta set mesin basuh dan pengering yang boleh berfungsi di Bulan dan planet Marikh dengan hanya menggunakan air dan serbuk pencuci yang sedikit. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI