fbpx

Syazrin mula langkah positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAZRIN meraih kedudukan ke-11 daripada 44 pelayar selepas dua perlumbaan pada aksi pembukaan acara laser radial wanita Sukan Olimpik sebentar tadi.

ATLET pelayaran negara, Nur Shazrin Mohd. Latif mengekalkan permulaan cemerlang pada aksi pembukaan acara laser radial wanita Sukan Olimpik apabila mengakhiri saingan di kedudukan ke-11 sebentar tadi.

Pada aksi saingan pertama, pelayar berusia 23 tahun itu tampil cemerlang di Pelabuhan Kapal Layar Enoshima apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga di belakang pelayar Sepanyol, Cristina Pujol Bajo dan Vasileia Karachaliou dari Greece.

Bagaimanapun, pada perlumbaan kedua, Nur Shazrin dilihat sukar untuk mengekalkan kedudukan terbaik selepas mengakhiri saingan tempat ke-25 selepas didominasi oleh pelayar Jerman, Svenja Wenger, diikuti Elena Vorobeva (Croatia) dan Line Flem Hoest (Norway) di kedudukan ketiga.

“Syabas Nur Shazrin atas prestasi yang baik pada acara Laser Radial Wanita sebentar tadi!. Eyin kini menduduki tempat ke-3 (Race 1) dan ke-25 (Race 2).

“Eyin menduduki rank ke-11 secara keseluruhan daripada 44 pelayar,” kata Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Twitter.

Nur Shazrin masih berupaya untuk melakukan aksi lebih baik kerana akan mengharungi lapan perlumbaan lagi dan ketika ini mengumpul 28 mata daripada dua perlumbaan. – K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI