fbpx

Krim viagra bantu tingkatkan nafsu seksual wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Krim yang dihasilkan menggunakan viagra itu cepat meresap ke dalam kulit. -Getty

SAN DIEGO, California – Satu krim yang dihasilkan sebuah firma Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan pil seks lelaki iaitu viagra dipercayai boleh membantu meningkatkan nafsu seksual wanita, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ujian menunjukkan sapuan setengah sudu kecil krim tersebut pada kemaluan wanita akan melebarkan saluran darah dan meningkatkan nafsu.

Para saintis berharap krim tersebut akan dapat membantu jutaan wanita separuh usia yang menderita masalah disfungsi seksual.

Viagra yang dilancarkan lebih 20 tahun lalu telah berjaya mengubah kehidupan seksual jutaan lelaki.

Namun, apabila pil berwarna biru itu diberikan kepada wanita, ia tidak memberikan hasil yang sama.

Percubaan akan dijalankan di AS dengan melibatkan 400 orang wanita dengan keinginan seksual rendah.

Separuh daripada mereka akan menggunakan krim tersebut dua hingga tiga kali seminggu dan selebihnya akan menerima plasebo.

Sukarelawan akan menyimpan diari yang memperincikan tentang peningkatan nafsu mereka dan sekiranya mereka mencapai orgasm. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI