fbpx

‘Ini bukan throwback tetapi edit back’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN nakal daripada Sharnaaz kononnya sedang bercuti di Genting Highland mencuit hati ramai peminat.

SEJAK negara dilanda pandemik Covid-19 yang memasuki tahun kedua, ramai yang sudah mula bersuara tentang kebosanan dan ingin keluar bercuti segera.

Macam-macam gelagat dapat dilihat dalam media sosial bagi mengurangkan rasa kerinduan yang membuak-buak untuk berjalan-jalan makan angin dengan keluarga, termasuklah Sharnaaz Ahmad.

Lucunya, Sharnaaz mencuit hati netizen apabila dia memuat naik sekeping foto sedang mendukung Jebat Jayden dengan berlatarkan Genting Highlands.

“Buat apa itu? Duduk rumah ke? Kami di Genting Highlands, tengah main cawan, masuk rumah hantu, naik roller coaster. Ini bukan throwback tetapi edit back saja,” seloroh pelakon filem Jebat itu.

Comel pula si Jebat dalam foto tersebut. Memang nampak teruja betul dapat cuti dalam gambar ya.

Rata-rata netizen cair dengan senyuman comel Jebat, malah ada yang berseloroh menyuruh Sharnaaz pergi bermain salji di Genting Highlands. Amboi orang lain pula yang bersemangat ya.

Apapun, teruskan berdoa agar kita semua beroleh kekuatan antibodi untuk melawan Covid-19. Pergi vaksin dulu!

DIVA: Apa tempat pertama anda nak pergi selepas habis Covid-19? Diva dapat bercuti ke Pulau Redang pun dah okey, rindu nak dengar bunyi ombak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI