fbpx

Cadangan uji antibodi luar bidang kuasa PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan kenyataan yang menyarankan penerima vaksin yang khuatir disuntik dengan vaksin kosong untuk melakukan ujian ‘Covid Neutralizing Antibody Test’ adalah di luar bidang kuasa PDRM.

Ketua Polis Negara, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sebarang kesulitan atau persoalan yang timbul susulan kenyataan akhbar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah semalam berkenaan ujian tersebut adalah dikesali.

“PDRM komited menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan akan mengambil langkah selari dengan Kemeterian Kesihatan (KKM), pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) dalam proses memastikan perkhidmatan vaksinasi terbaik disampaikan kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, satu kenyataan akhbar dikeluarkan PDRM berkaitan aduan serta pertanyaan orang ramai yang gelisah dengan isu suntikan vaksin kosong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Sri Abd. Jalil Hassan dalam kenyataan tersebut berkata, penerima vaksin yang mengesyaki telah menerima suntikan kosong boleh membuat laporan polis atau melakukan ujian antibodi di makmal-makmal perubatan yang berlesen 30 hari selepas dos kedua bagi mengesahkan keberadaan antibodi di dalam badan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI