fbpx

7 lokaliti di 4 negeri kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak tujuh lokaliti di empat negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 26 Julai ini sehingga 8 Ogos depan berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri yang terlibat ialah di Perak, Pahang, Kedah dan Sabah.

“Dua lokaliti di Daerah Kinta, Perak dikenakan PKPD iaitu di Medan Klebang Restu (Mukim Chemor) dan Bandar Pulai Jaya (Mukim Sungai Raia) sementara itu di Pahang, PKPD akan dilaksanakan di Blok 5 Felda Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin.

“Manakala di Kedah pula, kawasan yang terlibat ialah Asrama Pekerja dan Tapak Bina Hospital Pendang, Pendang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, di Sabah pula dua lokaliti di Daerah Beaufort dikenakan PKPD selama 14 hari bermula 26 Julai ini iaitu di Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias.

“Selain itu di Beluran pula, PKPD dikenakan di Perumahan Ladang Kim Loong dan Kampung Tungkang di Kudat turut dikenakan PKPD.

“Sementara itu, Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu, Sabah juga dikenakan PKPD bermula 26 Julai ini,” jelasnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI