fbpx

Usah melulu ambil Ivermectin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ulasan seorang pengguna yang membeli ubat Ivermectin untuk rawatan Covid-19 melalui platform atas talian baru-baru ini.

PETALING JAYA – Ramai pengamal veterinar melahirkan kebimbangan dengan trend pembelian ubat antiparasit Ivermectin untuk merawat Covid-19 secara online tanpa mendapatkan nasihat doktor.

Pensyarah Klinikal Farmakologi, Toksikologi dan Rawatan Rapi, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan, Dr. Muhammad Luqman Nordin berkata, pengambilan Invermectin tanpa seliaan pakar dikhuatiri boleh memudaratkan pengguna.

“Kebanyakan daripada ahli veterinar risau ubat Ivermectin yang khas untuk kegunaan haiwan digunakan manusia dan ia boleh diperoleh dengan sangat mudah termasuk melalui platform atas talian.

“Pengambilan dos yang tinggi pada haiwan sendiri sangat tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan ketoksikan, kerintangan ubat dan kerosakan sistem saraf pusat yang serius pada haiwan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Ivermectin digunakan secara meluas bagi merawat infestasi parasit seperti sengkenit, tungau, kutu dan cacing selain digunakan sebagai ubat pencegahan infestasi cacing jantung untuk anjing.

Katanya, sesetengah baka anjing seperti Collies, Shetland Sheepdogs dan kacukannya turut didapati sensitif dengan Ivermectin kerana baka tersebut mempunyai genetik yang telah bermutasi menyebabkan mudah mendapat ketoksikan Ivermectin.

Justeru, penggunaan Ivermectin sebagai antiviral atau sebagai pertahanan antivirus tidak digunakan dalam kawalan pencegahan atau rawatan penyakit bawaan virus terhadap haiwan sebaliknya kawalan pencegahan yang terbaik adalah melalui vaksinasi.

“Berilah masa kepada pihak Kementerian Kesihatan selesai membuat kajian klinikal dan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan penggunaan Ivermectin dalam pencegahan atau rawatan Covid-19.

“Jadi orang ramai diharap tidak mengambil Ivermectin selagi ia belum terbukti selamat untuk kegunaan manusia kerana daripada perspektif doktor haiwan ia adalah ubat antiparasit untuk haiwan,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI