fbpx

Muslim Pro lancar kempen pendanaan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aplikasi keagamaan dan komuniti Islam paling popular di dunia dengan lebih 100 juta muat turun, Muslim Pro melancarkan kempen pendanaan awam bermula hari ini sehingga 6 Ogos 2021 bagi mengumpul dana untuk umat Islam di Malaysia yang memerlukan barangan asas semasa pandemik Covid-19 kini.

Kempen ini dilaksanakan menerusi kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sedulur, sebuah badan kebajikan yang bermula pada 2015 dengan matlamat mengurangkan rantaian kemiskinan.

Menjelang 9 Ogos 2021, Muslim Pro menyasarkan untuk mengedar 100 bakul makanan kepada golongan memerlukan di Malaysia menggunakan dana yang dikumpul sepanjang kempen tersebut.

Ketua Negara Muslim Pro bagi Malaysia, Nik Emir Din berkata, umat Islam digalakkan memberi sedekah bagi membantu mengeluarkan saudara Muslim mereka daripada kesulitan, terutama dalam waktu-waktu yang sukar.

“Semasa pandemik, ramai orang kehilangan insan tersayang, pekerjaan serta pendapatan dan kami percaya dengan memberi balik kepada komuniti, kita akan dapat meringankan beban mereka.

“Kami berharap dapat melihat kemajuan dalam situasi Covid-19 ini dan kami berbesar hati melihat aplikasi Muslim Pro terus memberi sokongan dan bantuan kepada semua umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Sumbangan bagi kempen berkenaan boleh dibuat menerusi aplikasi Muslim Pro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI