fbpx

Isi tabung oksigen guna angin pam tayar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk tempatan beratur untuk mengisi bekalan oksigen di salah sebuah depot pengisian oksigen di Jakarta pada 28 Jun lalu. – AFP

JAKARTA – Satu skim penipuan bekalan oksigen dikesan di Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur yang menyaksikan angin tayar motosikal diisi ke dalam silinder oksigen lapor Suara.com, kelmarin.

Kegiatan mengisi tabung oksigen menggunakan angin pam tayar itu dikesan dalam kalangan penternak ikan hiasan tempatan.

Perbuatan itu terbongkar apabila seorang warga setempat membeli bekalan oksigen untuk diisi ke dalam tiga buah silinder.

Satu silinder itu bagi kegunaan ternakan ikannnya, manakala dua lagi untuk ahli keluarga yang dijangkiti Covid-19.

“Ternakan ikan saya mati selepas saya menggunakan tabung oksigen pertama dan apabila disiasat, ternyata isinya hanya angin pam tayar.

“Isian oksigen itu dijual pada harga mahal iaitu mencecah 100,000 rupiah (RM25) berbanding 25,000 rupiah (RM7) pada kebiasaannya,” kata pembeli tersebut yang hanya dikenali sebagai Alipin.

Sebaik sahaja menyedari dirinya ditipu, Alipin segera menyebarkan berita itu kepada kenalan-kenalannya.

Dia menyeru agar mereka berhati-hati mengisi semula oksigen agar tidak tersalah diberi kepada pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Tambahnya, cara-cara mengesan oksigen palsu dan asli adalah mengukur suhunya di atas api. Suhu tabung oksigen palsu akan menjadi lebih panas berbanding oksigen asli.

Selain itu, saat dihirup maka oksigen asli akan berasa lebih segar sedangkan oksigen palsu adalah seperti udara biasa.

Penjualan oksigen palsu itu berlaku ketika Indonesia bergelut dengan lonjakan kes Covid-19 terutamanya melibatkan varian Delta.

Negara kepulauan di rantau Asia Tenggara itu mencatatkan kes baharu Covid-19 tertinggi di dunia untuk tempoh seminggu setakat 18 Julai lalu.

Indonesia merekodkan sebanyak 350,273 kes iaitu meningkat 44 peratus sepanjang tempoh tersebut.

Dalam pada itu, varian Delta yang sangat mudah berjangkit dijangka menjadi varian dominan untuk tempoh beberapa bulan akan datang, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Varian berbahaya itu yang mula dikesan di India kini direkodkan di lebih 124 negara dan wilayah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI