fbpx

Tukar daging korban dengan alat ganti motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menipu ibunya konon tidak mendapat agihan daging korban yang banyak kerana menggunakannya untuk mendapatkan alat ganti motorsikal. - Facebook

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia tergamak menukar sumbangan  daging korban yang diterima sempena Hari Raya Aidiladha dengan alat ganti untuk motosikalnya, lapor Suara.com, semalam.

Menerusi  status di laman Facebook, lelaki itu memuat naik agihan daging korban sebanyak 13 kilogram (kg) yang diterimanya daripada jiran-jiran.

Menurut kenyataan di laman sosial tersebut,  dia memberitahu telah membohongi ibunya bahawa daging korban yang diterima hanyalah 2 kg.

“Saya beritahu ibu agihan daging yang diterima daripada jiran cuma 2 kg, manakala lebihan 11 kg lagi saya tukarkan dengan alat ganti motosikal.

“Tidak sangka ada yang mahu lakukan sistem barter alat ganti motorsikal menggunakan daging korban,” tulisnya.

Tindakan lelaki itu mengundang kemarahan netizen yang rata-rata mengecam dan berharap alat ganti yang diperoleh adalah palsu.

“Ini ialah spesis orang yang ditunggu paling hadapan di pintu neraka,” tulis seorang warganet.

“Orang tidak sedar diri, miliki hobi mahal (ubah suai motorsikal) namun sengkek,” komen seorang lagi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI