fbpx

Lebih 200 pokok sawit di kawasan Hutan Simpan dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa JPNP memusnahkan pokok kelapa sawit yang ditanam di kawasan seluas 1,78 hektar di Hutan Simpan Lepar di Kuantan.

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) terus bertindak tegas terhadap pencerobohan hutan simpan apabila memusnahkan lebih 200 pokok kelapa sawit yang ditanam di Hutan Simpan Lepar di sini.

Pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Kuantan, Pekan dan Maran, Norshazlee Roslee berkata, Operasi Cincang yang dilakukan hari ini melibatkan kawasan bekas pusat pengumpulan balak yang sudah tamat lesen seluas kira-kira 1.78 hektar.

“Kita mengambil keputusan mengadakan Operasi Cincang hari ini yang disertai lebih 70 kakitangan PHD Kuantan, Pekan dan Maran termasuk Unit Penguatkuasa Zon Pahang Timur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dengan pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjamin keselamatan petugas.

“Hanya dalam masa kira-kira sejam semua pokok kelapa sawit berjaya dimusnahkan dengan cara mencabut dan memotongnya,”katanya selepas menyertai Operasi Cincang di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad.

Menurut Norshazlee, pencerobohan Hutan Simpan Lepar dipercayai dilakukan selepas lesen pembalakan di kawasan berkenaan tamat dan pada masa ini pihaknya masih mengesan individu yang terlibat.

Jelasnya, berdasarkan siasatan pihaknya percaya kawasan tanaman kelapa sawit berkenaan ditanam lima hingga tujuh bulan lalu.

“Individu yang melakukan kegiatan ini dipercayai sudah biasa dengan kawasan terbabit, dia seolah mengambil peluang untuk menanam pokok kelapa sawit selepas aktiviti pembalakan di situ selesai.

“Di sini saya mengingatkan pihak yang menceroboh serta memasuki hutan simpan tanpa permit untuk apa juga tujuan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara (APN) 1984,”katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI