fbpx

Kanak-kanak lelaki ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa naik mayat kanak-kanak lelaki yang lemas di sungai Kampung Kuala Apas.

TAWAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas di sungai Kampung Kuala Apas tengah hari tadi.

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui pasukan bomba sewaktu operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd. Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 9.11 malam tadi.

“Pasukan bomba terus membuat operasi pencarian di lokasi kejadian pada radius pencarian kira-kira satu kilometer dari kawasan mangsa dipercayai hilang.

“Hasil operasi SAR pasukan bomba yang dibantu menggunakan bot orang kampung, menemui mangsa sekitar pukul 12.25 tengah hari namun disyaki sudah meninggal dunia.

“Susulan penemuan terbabit, operasi SAR ditamatkan pada pukul 12.54 tengah hari tadi.

“Hasil pengecaman oleh ahli keluarga turut mengesahkan mayat terbabit adalah kanak-kanak yang dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI