fbpx

Penghuni PKPD tidak dilupakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman Zakaria (tengah)menyampaikan daging korban kepada petugas barisan hadapan untuk diagihkan kepada penghuni Apartmen Tropicana Bukit Merah yang sedang menjalani PKPD.

BAGAN SERAI – Kebajikan 72 keluarga di Apartmen Tropicana yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bukit Merah dekat sini semasa Aidiladha tidak dilupakan.

Ini kerana agihan daging korban turut diedarkan kepada keluarga di situ hasil sembelihan yang dijalankan.

Seorang penerima, Zanal Abidin Abd Rashid berkata, dia sangat berterima kasih kerana agihan daging korban itu menunjukkan yang penduduk di situ tidak dilupakan.

“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana setidak-tidaknya dapat juga merasai suasana Aidiladha walaupun berbeza,” katanya menerusi hantaran WhatsApp.

Terdahulu, penyerahan daging korban kepada sukarelawan untuk disampaikan kepada penduduk yang terkesan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perladangan dan Pertanian negeri, Razman Zakaria.

Beliau yang jugan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol berkata, agihan daging korban ini juga dapat menampung bekalan makanan kepada penduduk yang menjalani PKPD.

“Terdapat tiga lokaliti di dalam DUN Gunung Semanggol yang di kenakan PKPD iaitu di Apartmen Tropicana, Kampung Pondok Tanjung dan Kampung Lubuk Binjai.

“Esok kita agihkan pula pada dua buah kampung seterusnya,” katanya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI