fbpx

Susah fokus jadi kekurangan Jungkook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNGKOOK

PENYANYI popular Jungkook cukup terkenal sebagai artis idola yang sempurna di mata peminatnya, baik dari segi bakat nyanyian, tarian, kesukanan dan permainan video.

Atas alasan tersebut, anggota paling muda dalam kumpulan BTS atau disebut maknae itu tidak pernah memperlihatkan sisi kekurangan yang ada pada dirinya.

Bagaimanapun ketika muncul dalam program The Tonight Show Starring Jimmy Fallon baru-baru ini, penyanyi itu menyatakan sebaliknya.

“Jungkook, awak dikenali sebagai seorang yang sangat bagus dalam semua perkara. Ini kisahnya. Awak hebat menyanyi, menari dan handal bermain permainan video. Ada tak perkara yang awak tidak pandai buat?” soal Fallon.

Menjawab pertanyaan tersebut, pelantun lagu Still With You itu menafikan tentang kehebatannya dalam semua perkara.

“Ada banyak perkara yang saya tidak pandai. Masalah saya ialah, jika ada perkara yang tidak saya gemar ketika memberi perhatian terhadap sesuatu perkara. saya susah nak fokus,” katanya.

Mendengar pendedahan Jungkook, rakan sekumpulannya iaitu V berseloroh dengan berkata: “Sebab itu dia tak fokus kepada kita.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI