fbpx

Pihak pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Ku Nan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ku Nan berdoa selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu.

PUTRAJAYA – Pihak pendakwaan telah  memfailkan rayuan terhadap pembebasan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Berdasarkan sumber daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) notis rayuan itu telah difailkan pada pukul 12.30 tengahari hari ini.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Tengku Adnan yang penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya lima tahun lalu.

Keputusan dibuat menerusi majoriti 2-1 itu disampaikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suraya Othman yang mengetuai tiga panel selepas membenarkan permohonan Ku Nan selaku perayu untuk mengenetepikan hukuman yang disabitkan ke atasnya.

Selain hakim Suraya turut bersidang bersama dua lagi panel hakim iaitu Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Ahmad Nasfy Yasin.

Pada prosiding itu, Hakim Datuk Abu Bakar Jais menentang keputusan itu manakala Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin sependapat dengan hakim Suraya.

Pada 21 Disember tahun lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Ku Nan didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya lima tahun lalu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mengikut pertuduhan, Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta.

Wang itu daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Bendahari UMNO itu didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI