fbpx

Menteri minta ‘beli’ durian kampung RM500 sebiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan durian kampung berharga RM500 yang telah 'singgah' di atas sebuah kereta.

PETALING JAYA – Lelaki yang tular ‘menjual’ durian kampung RM500 semalam tidak menyangka apabila dia mendapat ‘durian runtuh’ daripada seorang menteri.

Berkongsi kisah tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Wan Mahusin Wan Zain berkata, selepas videonya tular di laman sosia, dia telah dihubungi oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan petang semalam.

“Terkejut tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, katanya hendak beli durian viral atas cermin kereta saya.

“Saya jawab yang saya dah makan dan tanya tuan daripada mana? Beliau jawab daripada kerajaan, terkejut jugak, bila disemak rupa-rupanya YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia,” katanya pada laman Facebooknya semalam.

Tangkap layar perbulanan Wan Mahusin bersama seorang menteri di laman WhatsaApp.

Menurut Wan Mahusin, walaupun durian itu sudah dimakannya, menteri tersebut telah meminta nombor akaun banknya supaya dapat memberikan sedikit sumbangan.

“Beliau minta no akaun dan sumbang untuk menampung kos, rezeki saya hari ini,”katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki ‘ingin’ menjual sebiji durian kampung berharga RM500 sebiji.

Ia kerana raja buah itu tidak jatuh ke atas tanah, sebaliknya telah menghempap cermin belakang sebuah kereta jenis Nissan Almera yang diletakkan di halaman rumah. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI