fbpx

RCI Tabung Haji tidak libatkan pentadbiran PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada orang kelainan upaya, Nik Abdul Muis Nik Man, 31 di Pusat Khidmat DUN Panchor, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) yang diputuskan baru-baru ini tidak melibatkan pentadbiran kerajaan yang memerintah ketika ini iaitu Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pentadbiran PN masih baharu, malah ia akan merencatkan perancangan yang bakal dilaksanakan terhadap TH sekiranya kerajaan ketika ini terlibat dalam RCI itu.

“Kerajaan PN belum melaksanakan pelan yang disediakan. Kita tidak mahu RCI yang bakal dilaksanakan akan membantutkan usaha untuk menambah baik TH.

“Pada masa sama, kita juga mahu meningkatkan keyakinan pendeposit kepada TH. Setakat ini, tidak timbul sebarang isu yang mencurigakan masyarakat khususnya 11 juta pendeposit. RCI juga akan dilaksanakan secara telus dan jujur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bakul makanan kepada penerima di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor di sini hari ini.

Ahmad Marzuk memberitahu, masih terlalu awal untuk menetapkan sebarang terma dalam itu RCI dan ia diserahkan kepada jawatankuasa yang terbabit.

Menurutnya, RCI TH akan dilaksanakan dalam tempoh 2014 hingga 2020 iaitu termasuk hampir dua tahun pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Ia akan membabitkan semua urusan TH termasuk berkaitan pemindahan aset,” ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI