fbpx

Penduduk terima sumbangan 3.8 tan sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan membungkus sebahagian sayur-sayuran yang diberikan kepada penduduk di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 3.8 tan sayur-sayuran diedarkan kepada lebih 2,000 penduduk di sekitar Tasek Gelugor dan Kepala Batas di sini hari ini bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pegawai penyelaras khas kepada Ketua Menteri, Lay Hock Peng berkata, program sumbangan itu membabitkan 13 kawasan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Tasek Gelugor dan sembilan di Kepala Batas.

Menurut beliau, program berkenaan dianjurkan untuk membantu penduduk dan meringankan beban keluarga yang terjejas akibat Covid-19.

“Terima kasih kepada Persatuan Pekebun Sayur Pulau Pinang kerana menawarkan harga istimewa sayur dari pekebun di Pinang Tunggal agar kami dapat membantu lebih ramai orang.

“Syarikat swasta juga terlibat dalam program ini dan sebanyak 12,000 keping pelitup muka dan biskut turut diedarkan. Para sukarelawan juga telah bekerja 10 jam berturut-turut bagi memastikan proses pengedaran berjalan lancar,” katanya hari ini.

Beliau berkata, Pejabat Pegawai Penyelaras Khas Ketua Menteri kawasan Kepala Batas juga akan mengedarkan 200 bakul makanan kepada warga emas dan golongan yang memerlukan sempena Hari Raya Aidiladha. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI