fbpx

Ebit Lew doakan petugas barisan hadapan, mangsa Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan Ebit Lew mendoakan kesejahteraan petugas barisan hadapan yang gigih berjuang menentang Covid-19.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew hari ini mengirimkan bacaan doa buat semua kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan petugas-petugas barisan hadapan yang sedang berjuang berdepan wabak pandemik Covid-19.

Rakaman video memaparkan Ebit menyampaikan kata-kata semangat sebelum berdoa itu dimuatnaik oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya tadi.

Di dalam video tersebut, Ebit berkata, dia mengharapkan agar semua petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan dengan wabak ini sentiasa tabah untuk mengharungi saat-saat getir ketika ini.

“Kepada semua petugas KKM, semua yang ditimpa dengan Covid-19, ahli keluarga, ujian yang datang ini sangat berat dan besar. Tapi percayalah Allah maha mengetahui, maha penyawang.

“Semua ujian ini kerana Allah sayang kita, percayalah lagi besar ujian datang, lebih besar kebaikan dan rahmat Allah akan diberi.

“Kita kena tabah, kena kuat. Saya doakan Allah S.W.T beri kesihatan kepada semua yang ditimpa Covid-19, cepat sembuh dan semua ahli keluarga mereka kita berdoa semoga Allah beri kekuatan dan semua petugas kesihatan yang berjuang melawan Covid-19 ini diberi kesihatan,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI