fbpx

“Jangan sampai ‘terkorban’ dek Covid-19”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – “Jangan pula dalam keseronokan menyambut Hari Raya Korban menyebabkan kita sama-sama ‘terkorban’ dek kerana Covid-19,”

Demikian pesanan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang menyeru masyarakat di negara ini agar tidak mengulangi sikap tidak bertanggungjawab khususnya semasa sambutan Hari Raya Aidiladha, Selasa depan.

Beliau meminta masyarakat mengambil iktibar daripada kes-kes positif Covid-19 yang dilaporkan dalam kluster komuniti ekoran sambutan perayaan, aktiviti kunjung-mengunjung dan merentas negeri.

“Masyarakat diingatkan bahawa larangan rentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa. Begitu juga larangan kunjung-mengunjung bagi menyambut perayaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 17,106 individu dikesan positif Covid-19 daripada 267 kluster komuniti yang tercetus antara lain ekoran sambutan perayaan, aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri bagi tujuan berkenaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI