fbpx

25 hari team Azeez masih belum boleh masuk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Azeez

PETALING JAYA – Selepas lebih 25 hari berada di Mesir, misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) al-Quds dan Gaza, yang diketuai oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim masih belum dibenarkan memasuki Gaza, Palestin.

Abdul Azeez melalui hantaran di Facebooknya baru-baru ini berkata, difahamkan pihaknya perlu mendapatkan beberapa kebenaran dari kerajaan Mesir sebelum meneruskan perjalanan misi kemanusiaan di Gaza.

“Segala kebenaran telah kami perolehi dari kementerian terlibat di Malaysia sebelum kami berlepas ke Mesir.

“Segala cabaran dan dugaan yang kami hadapi mengajar kami erti perjuangan demi saudara seislam kita di Gaza. Beratnya dugaan yang terpaksa kami lalui maka lebih beratlah ujian yang mereka hadapi namun semangat juang mereka tidak pernah padam mempertahankan bumi Palestin,” katanya.

Menurut Abdul Azeez, sepanjang mengendalikan 40 misi kemanusiaan di luar negara, ini merupakan kali pertama pihaknya menghadapi dugaan yang luar biasa dan meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan pihaknya di sana.

“Walaupun terpaksa senyum dan ketawa disebalik tangisan, semangat dan kecekalan kami untuk memasuki Gaza membawa solidariti rakyat Malaysia, mewakili keprihatinan dan kasih sayang seluruh rakyat Malaysia kepada semua saudara kita di sana tidak akan pernah luntur dan padam.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, kami team HM4P memohon agar terus mendoakan kami dapat masuk ke bumi Gaza dengan niat dan matlamat yang murni dan dapat segera pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat,” katanya.

Terdahulu, misi kemanusiaan HM4P selama dua minggu anjuran Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusi oleh Abdul Azeez itu berlepas ke Jordan pada 16 Jun bertujuan menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi tersebut yang terjejas selepas serangan tentera Zionis.

Difahamkan, misi tersebut turut disertai oleh penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN