fbpx

MBSB Bank sumbang RM2.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor AZAM (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengarah Pembangunan Sosial dan Komuniti NADMA, Hussain Moh semalam.

PETALING JAYA – MBSB Bank Bhd. (MBSB Bank) telah men­yumbang sebanyak RM2.2 juta kepada pelbagai agensi bukan kerajaan dan agensi lain yang terlibat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi membantu komuniti yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19.

Naib Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, pihak bank akan terus memastikan bantuan diberi kepada komuniti yang sa­ngat terkesan untuk berdepan dengan persekitaran ekonomi yang sukar kini.

Terbaharu MBSB Bank telah menjalinkan kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan menyumbang 5,000 pek makanan bernilai RM500,000.

Ini merupakan kerjasama pertama antara MBSB Bank dan NADMA, sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kerjasama ini bertujuan untuk membekalkan makanan se­perti beras, minyak masak, gula, tepung, susu, biskut dan serbuk teh kepada keluarga yang berhadapan dengan risiko kelaparan disebabkan kehilangan punca pendapatan.

“Kami mengambil berat ke­sukaran yang dialami keluarga yang tidak berkemampuan dan menyedari bahawa kekurangan makanan yang teruk telah menjadi isu utama dalam kalangan mereka.

“Kami berharap kerjasama ini boleh membantu memperbaiki keadaan dan juga bagi mencapai salah satu objektif kelestarian kami dalam memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan semalam.

Projek lain MBSB Bank adalah kerjasama dengan Food Aid Foundation (FAF) yang melibatkan pengedaran lebih daripada 4,000 bungkus makanan kepada komuniti B40.

Tahun 2021 adalah tahun ke­dua bagi MBSB Bank bekerjasama dengan FAF.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI