fbpx

Rakyat Malaysia minat bank digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Malaysia kini bersikap terbuka dan bersedia untuk berhijrah kepada kemudahan digital. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 65 peratus daripada rakyat Malaysia me­nunjukkan minat untuk menggunakan perbankan digital, berdasarkan Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa yang diterbitkan baru-baru ini.

Berdasarkan kajian tersebut, 43 peratus daripada rakyat jugai tidak lagi mengunjungi mana-mana cawangan bank dan mengambil keputusan untuk hanya menggunakan khidmat perbankan secara online.

Pengguna kini percaya bahawa perkhidmatan bank digital adalah lebih cekap, mudah, se­nang diakses dan selamat.

Pengurus Negara bagi Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa menunjukkan negara bersedia untuk berhijrah kepada kemudahan digital.

“Rakyat Malaysia bukan sahaja bersikap terbuka kepada bank-bank tradisional tetapi juga kepada peserta baharu industri yang akan diberikan lesen perbankan digital.

“Mereka turut menyuarakan minat terhadap perkhidmatan perbankan digital oleh jenama-jenama terkenal (71 peratus), jenama perkhidmatan kewangan (65 peratus) dan syarikat pemula (60 peratus).

“Kami percaya usaha sama antara kerajaan, bank tradisional dan institusi yang memohon untuk lesen perbankan digital amat penting bagi meningkatkan tahap keterangkuman kewangan untuk penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan dan perhatian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kong Boon, berdasarkan kajian, antara faktor yang mendorong rakyat Malaysia terdorong untuk bertukar kepada bank digital ialah ganjaran lebih menarik (78 peratus) dan kos lebih rendah (72 peratus).

Rakyat menunjukkan minat tinggi untuk menggunakan perkhidmatan perbankan digital bagi pembayaran bil (78 peratus), pemindahan dana kepada rakan dan keluarga (69 peratus), pembayaran di lokasi runcit (62 peratus) dan deposit serta pengeluaran (61 peratus).

“Di Visa, kami memperkasakan rakan-rakan niaga de­ngan membantu menyediakan asas untuk mereka membina pe­ngalaman pengguna yang unik dan relevan serta menambah baik tawaran nilai masing-masing sambil menyediakan perkhid­matan perbankan digital,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI