fbpx

Tiga dicari kes jual beli kereta mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tiga suspek yang disyaki terlibat dalam penipuan jual beli kereta mewah.

PETALING JAYA – Polis giat mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan jual beli kereta mewah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mereka diperlukan bagi membantu kes penipuan urusan jual beli kereta mewah melibatkan kerugian berjumlah RM60,00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Rosli Mahat beralamat di No. 6 Jalan BA 1/1 Laman Oakleaf, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Choy Chee Leong beralamat di No. 48 Jalan Dayang 25/8 Seksyen 8, Bandar Mahkota, 43200 Batu 9 Cheras dan Chew Kun Guan beralamat di No. 8-1 Jalan Prima 6, Pusat Niaga Metro Prima Kepong, 52100 Kuala Lumpur.

“Pihak Polis memohon orang awam yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Asyafi Abdullah di talian 010-918 1927,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI