fbpx

Peperiksaan UPSRA dibatalkan, diganti dengan PPKSRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memutuskan untuk membatalkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) yang dijadualkan bermula pada 9 hingga 18 Ogos ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa peningkatan kes Covid-19 khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, keputusan itu juga diambil berdasarkan tempoh Pelan Pemulihan Negara Berfasa yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ketika ini.

“Sehubungan itu, Jawi akan melaksanakan kaedah Penilaian dan Pentaksiran Kurikulum Sekolah Rendah Agama (PPKSRA) yang setara sebagai menggantikan UPSRA.

“PPKSRA akan diguna pakai dan sesuai dengan syarat dan kriteria yang ditetapkan bagi pemilihan pelajar ke tingkatan 1 bagi tahun 2022,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pentaksiran itu tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan dalam pembelajaran serta kemenjadian murid kerana perkara tersebut dapat dinilai melalui pelbagai kaedah.

Mohd. Ajib berkata, Jawi ingin merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan kaedah pengajaran bersesuaian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN