fbpx

Tak ikut jadual janji temu punca PPV sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Deretan kenderaan dilihat memasuki Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) di Hospital UCSI, Bandar Springhill, Port Dickson.

SEREMBAN – Peningkatan janji temu pemberian dos vaksin Covid-19 selain penerima tidak mengikut jadual janji temu yang ditetapkan antara faktor yang menyebabkan berlakunya kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital UCSI, di Bandar Springhill, Port Dickson sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, hasil turun padang ke PPV tersebut semalam, beliau dimaklumkan sebanyak 2,000 temu janji melalui MySejahtera telah diterima PPV tersebut.

“Memang berlaku kesesakan di PPV tersebut hingga menganggu proses vaksinasi. Hari ini juga saya diberitahu sebanyak 3,000 janji temu diterima PPV tersebut.

“Saya berharap masyarakat yang mendapatkan suntikan vaksin perlulah mengikut jadual yang ditetapkan. Mereka tidak perlu datang terlalu awal dan perlu patuhi arahan temu janji iaitu hadir setengah jam awal bagi mengelakkan kesesakan dan menunggu terlalu lama,” katanya pada sidang akhbar yang dijalankan secara dalam talian hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, seramai 142,138 rakyat di negeri telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 manakala 342,605 orang telah memperoleh dos pertama vaksin.

Sementara itu, Aminuddin meminta pihak kilang di daerah ini dapat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutama sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membuka kilang sepanjang PKPD ini dan saya berharap mereka (pihak kilang) dapat mengikut SOP dan penguatkuasaan sentiasa dilaksanakan bagi mengelakkan mereka melanggar SOP,” kata beliau. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI