fbpx

Letupan bas bunuh 9 rakyat China di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi nahas letupan bas pekerja di Pakistan. - Google

ISLAMABAD – Seramai 13 individu termasuk 9 warga China dilaporkan maut dalam satu nahas letupan bas di utara Pakistan hari ini, demikian menurut laporan polis tempatan.

Bas itu membawa jurutera, juruukur dan kakitangan mekanik China ke tapak pembinaan empangan Dasu di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, seorang pegawai pemerintah tempatan.

“Letupan itu mencetuskan kebakaran di dalam mesin lalu menyebabkan kenderaan terjunam ke dalam  jurang,” katanya.

Tambah pegawai itu, seramai 28 warga China yang lain turut cedera.

Seorang lagi pegawai kanan polis tempatan mengesahkan kejadian itu dan memberitahu punca kejadian masih dalam siasatan.

Keselamatan pekerja Cina telah lama menjadi isu di Pakistan. Sebahagian besar daripada mereka berpusat di negara itu untuk mengawasi dan membina projek infrastruktur.

Dalam satu kenyataan lain, kedutaan China di Pakistan mengatakan bahawa projek tertentu sebuah syarikat China di sana telah diserang dan menyebabkan kematian warganegaranya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI