fbpx

Tiga lokaliti di Sabah, Pahang kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dua kawasan di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 di kawasan terbabit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua kawasan itu dikenakan PKPD bermula 15 Julai ini dan dijangka tamat 28 Julai depan.

“Di Sabah, lokaliti yang terlibat ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan dan Kampung Telaga serta Kampung Pituru, Pitas.

“Manakala di Pahang pula kawasan yang dikenakan PKPD ialah di Felda Jengka 8, Jerantut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI