fbpx

Siapa tebang, ambil balak hutan simpan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Durian musang king yang ditanam di Hutan Simpan Kekal Batu Talam selesai ditebang dalam masa sembilan hari Operasi Pamah di Raub.

RAUB – Pekebun durian musang king di tanah Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam tidak menebang dan mengambil kayu balak di kawasan itu sebelum menanam pokok durian berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui berkata, pekebun durian di situ hanya melakukan penanaman selepas kawasan berkenaan ditebang oleh pihak tertentu.

“Pekebun tidak pernah tebang pokok untuk tanam durian, tetapi ada pihak lain yang melakukan aktiviti penebangan balak dan membiarkan kawasan berkenaan tanpa penanaman semula hutan.

“Jadi pekebun hanya menukarkan tanah yang ada kepada tanaman durian,”katanya di sini, hari ini.

Kira-kira 15,000 pokok durian musang king yang ditanam dikawasan seluas 101 hektar di HSK Batu Talam dimusnahkan dalam masa sembilan hari Ops Pamah sejak 3 Julai lalu.

Menurut Yu Hui tindakan menebang pokok durian itu menyebabkan pekebun durian yang telah lama mengusahakan kawasan itu mengalami kerugian besar memandangkan kos menanam dan menjaga durian adalah tinggi.

Katanya, pekebun  sebenarnya tidak mengaut keuntungan yang besar memandangkan kos menjaga pokok durian adalah tinggi selain pelbagai rantaian sebelum buah berkenaan dibeli penggemar raja buah itu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI