fbpx
MOHD. HAIRUDDIN menunjukkan produk Sambal DuoBotak di pejabatnya di Kuala Nerus baru-baru ini.

Sambal DuoBotak berjaya catat jualan lebih 80,000 botol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Produk sambal jenama DuoBotak keluaran dua bekas pemain bola sepak kebangsaan, Hairuddin Omar dan Mohd. Badhri Mohd. Razdi bakal menembusi pasaran Arab Saudi tidak lama lagi.

Pengasas syarikat, Hairuddin berkata, sehingga kini, dua produk sambal iaitu sambal ikan bilis dan sambal ikan bilis petai sudah terjual melebihi 80,000 botol sejak dilancarkan suku pertama tahun ini.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana kami menyasarkan jualan pada peringkat percubaan di pasaran adalah sekitar 100 botol sahaja.

“Tempahan bertambah sehingga melonjak kepada 8,000 botol pada bulan April dan 13,000 botol serta 60,000 ma­sing-masing pada bulan Mei dan Jun lalu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Hairuddin, 42, yang lebih mesra dipanggil Hai O berkata, sambal DuoBotak yang sebe­rat 475 gram dijual pada harga RM25 sebotol dan merupakan produk premium yang boleh disimpan sehingga setahun.

Beliau tidak menyangka produk yang dihasilkan bersama Mohd. Badhri, 39, juga pemain Kelantan United mendapat sambutan luar biasa walaupun sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Sehingga kini, jualan sambal DuoBotak menggunakan sistem ejen bagi membolehkan urusan pengedaran lebih efisen.

“Kami kini mempunyai 300 ejen di seluruh negara dan Singapura.

“Ini memberi peluang kepada kami menawarkan peluang niaga kepada mana-mana individu yang mahu mencari pendapatan,” ujarnya

Tambah beliau, syarikat juga bercadang untuk menembusi pasaran Arab Saudi tidak lama lagi.

POPULAR