fbpx

PHB lantik pengerusi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CP Tower di Petaling Jaya antara bangunan pejabat yang dimiliki PHB.

PETALING JAYA – Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) mengumumkan pelantikan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh sebagai Pengerusi Bukan-Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa pada 1 Ogos 2021.

Beliau menggantikan Tan Sri Md. Nor Yusof yang bakal bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah PHB, berkuatkuasa pada 31 Julai 2021.

PHB dalam satu kenyataan berkata, Lembaga Pengarah dan juga pengurusan PHB merakamkan setinggi penghargaan kepada Tan Sri Md. Nor Yusof atas dedikasi dan sumbangan beliau yang luar biasa sebagai Pengerusi ulung dan perintis penubuhan PHB sejak dilantik pada tahun 2006.

“Pengalaman luas beliau dalam sektor kewangan dan kepimpinan dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajaan menjadi tonggak kemajuan dan pencapaian PHB dan juga skim AHB selama 15 tahun beliau bersama PHB,” katanya.

Menurut PHB, Ahmad Nizam, 64, adalah Pengerusi Petronas dan anak syarikatnya, KLCC Property Holdings Berhad sejak Ogos 2018 selain turut menjawat kedudukan sebagai Pro-Chancelor Universiti Teknologi Petronas.

“Dilahirkan di Terengganu, pengalamannya dalam sektor hartanah komersial di KLCC Property Holdings akan terus menyokong dan mempertingkatkan lagi pertumbuhan PHB di masa hadapan,” katanya.

PHB dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan merupakan penaja Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

AHB adalah dana unit amanah patuh syariah yang melabur terutamanya dalam hartanah komersial di lokasi strategik di bandar-bandar utama di Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI