fbpx

19 didakwa anggotai ‘Geng Sakai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah trak PDRM yang membawa seramai 19 individu disyaki ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Sakai yang dibawa ke Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan ‘Geng Sakai’ merupakan antara 19 individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Rosli Sahak yang dikenali sebagai Sakai bersama 18 yang lain berusia 18 hingga 47 tahun menyatakan faham di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjothy.

Mereka ialah Mohamad Faisal Mohamad Sharif, A. Ravindran, A. Uthayakumar, S. Sathiaseelan, T. Kumar, A. Kumaresan, N. Tanasilan, Thirumal Raj, M. Darshan, A. Dineswaran, S. Mohanraj dan R.
Nantha Kumar.

Tertuduh lain, S. Gobinath, M. Ravishankar, M. Thinesh, N. Tannish, S. Sagadevan dan G. Sivanamtham.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dalam prosiding tersebut.

Pengakuan akan direkodkan di Mahkamah Tinggi kerana tuduhan melibatkan kes keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Pertuduhan menyatakan mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Sakai’ di Flat Seri Selangor di sini pada Januari 2015 dan bulan lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Farhan Aliff Ahmad, Nur Ainaa Ridzwan, Maryam Jamielah Manaff dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh.

17 tertuduh diwakili peguam bela Datuk Geethan Ram Vincent, Revin Kumar, T. Harpal Singh, Jay Moy Wei Jiun, Wan Zaleha Abdul Wahab, P. Taneswaran serta K. Komagan manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum itu, barisan peguam bela memohon anak-anak guam dibebaskan dengan jaminan walaupun mereka ditahan di bawah SOSMA. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI